Ahad, 22 Mac 2009

Kenangan Aku Kat Hospital Pakar Tawakal

Pada 12 March 2009 aku telah di masukkan ke Hospital Pakar Tawakal untuk menjalani pembedahan kecil di bahu sebelah kiri bahagian "Frozen Shoulder", aku menjalani rawatan selama 10 hari. Awak semua tau saja la, duduk kat hospital lama-lama tu, punya jemu la.... tapi apa boleh buat dah terpaksa...... U all tau, kos perbelanjaan untuk pembebedahan dan semua perbelanjaan mencicah hampir 20k. Hoh..... kalau tak ader Insuran tak terbuat la..... di bawah ni aku abadikan gambar-gambar semasa rawatan d' Hospital !!!!!
Menu kat sini kita boleh pileh, apa kita nak makan...
boleh tahan juga kalau kita kurang sakit, tapi kalau dah sakit
menu apa pun tak selera.....
Ha..... yang ini menu untuk minum petang.......
minum petang dia sediakan pada pukul 4 petang..
Hemmm... boleh tahan gak, kalau kita jemu makan nasi
kita boleh minta bubur nasi... best gak!!!
Haaaa..... yang ini gambar aku sedang buat therapy....
ko orang tau satu sessi kita kena bayar Rm60.00
kalau satu ari tu kita kena buat 2 kali, coast nye dah berapa???
tapi bukan buat macam ini saja, macam ada peralatannye....
Ha.... ini bilek 228 di Hospital Pakar Tawakal, katil itu lah
yang menyeksa aku selama 10 hari, kalau di sebelah malam nye
sejuk, macam dok dalam freezer
Ini lah katil No 4 bilek 228 di Hospital Pakar Tawakal ....

Ini drawer aku, macam-macam makanan anak-anak aku
bawakan untuk aku.......

Hem.... teman setia !!!!! bila ada kesempatan
main computer game la.... apa lagi bagi menghilangkan boring.....
Ini sebahagian di dalam bilek Therapy.....
Yang ini juga sebahagian dari alatan Therapy....
Gambar ini adalah semasa aku hendak di hantar ke bilek operasi, pada pukul 12.30 t/hari telah diberi ubat (macam drug) sebab lepas makan tu, aku antara sedar dengan tidak, pada pukul 2 ptg baru la aku dimasukkan kedalam bilek pembedahan, lebih kurang 15 minit aku di bius dengan semburan di bahu yang hendak di buat pembedahan tu, kemudian di cucuknya dengan jarum yang agak besar beberapa kali, aku betul-betul kesakitan!!!! kalau tak silap aku tak kurang dari 7 kali, kemudian doc pakar bius tanya aku sama ada tangan aku telah kebas ke belum!!!, aku rasakan tangan yang di bius tu tak terasa apa lagi (macam tak de tangan), kemudia aku di masukkan ke dalam bilek operation, kemudian aku di beri injection, lepas tak beberapa minit aku tak sedarkan diri lagi, tau-tau anak aku kata jam sudah menunjukkan pukul 7.30 baru aku dikeluarkan dari bilek pembedahan..... bermaana pembedahan aku memakan masa lebeh kurang 2 jam......
Ini adalah gambar tulang bahagian bahu aku yang di buat rawatan, kalau kita tengok video yang di beri, semua lemak-lemak dibuang kemudian tulang aku yang membunggol di gerudinya....
Ini juga adalah gambar bahagian tulang yang dibuat rawatan.....